Kerajaan Kush jadi Sumber Emas bagi Masyarakat Mesir

447 dibaca

* Mengenal Kerajaan Kush Penakluk Firaun dari Mesir Kuno (2-habis)

WILAYAH Kush merupakan sumber emas utama buat masyarakat Mesir. Bahawa ‘Nubia’ diambil dari perkataan Mesir untuk emas, kata ‘nub’. Namun, terdapat teori lain ‘Nubia’ diambil nama masyarakat yang dipanggil sebagai Noba atau Nuba yang mendiami kawasan itu. Masyarakat Mesir turut merujuk wilayah tersebut sebagai Ta-Nehsy (“Tanah Orang Hitam”).

Penulis-penulis Yunani dan Rom pula merujuk wilayah itu sebagai Aethiopia (“Tanah Orang Berwajah Terbakar”), keadaan masyarakatnya yang berkulit hitam. Kabilah-kabilah Arab mengenali mereka sebagai Bilad as-Sudan (“Tanah orang-orang Hitam”).

Sekalipun keadaannya, perlu dinotakan bahawa panggilan-panggilan tersebut, mungkin merujuk kepada seluruh wilayah itu dan mungkin juga tidak – hanya sebahagian saja.

Kota Kerma & Awal Kush

Kota Kerma dibangun di Kush pada c. 2400 SM dan memiliki kekuatan yang cukup untuk mengancam kedudukan Mesir, sebagaimana dibuktikan dalam inskripsi-inskripsi Mesir.

Kota Kerma turut dilengkapi dengan kubu-kubu pertahanan yang membolehkannya menahan serangan dari selatan. Begitu, raja-raja Kerma dan Mesir menjalinkan hubungan perdagangan dan Mesir banyak bergantung pada Kerma untuk mengimport barangan seperti emas, kayu hitam, setanggi, hewan-hewan eksotik dan gading gajah serta barang-barang mewah lainnya.

Kota tersebut berpusatkan sebuah binaan yang dikenali sebagai Deffufa, pusat keagamaan yang berbenteng. Ia bangun menggunakan bata yang diperbuat dari lumpur dan dinaikkan setinggi 59 kaki (18 meter). Laluan dalam dan tangga-tangganya membawa kepada sebuah altar yang dibangun di atas lantai rata. Altar tersebut menjadi tempat berlangsungnya upacara-upacara tertentu yang tidak dapat dipastikan apa tujuannya.

Deffufa (secara bahasa bermaksud ‘timbunan’ atau ‘kelompokan’) paling besar yang dikenali sebagai Deffufa Barat. Terdapat sebuah lagi Deffufa yang lebih kecil di sebelah timur dan begitu juga dengan Deffufa ketiga yang lebih kecil lagi. Diandaikan bahawa Deffufa-deffufa ini membentuk kawasan segi tiga yang pada pusatnya dibangun sebuah kota yang dikelilingi oleh tembok.

Kuil Deffufa Barat, Kerma

Kebudayaan Kerma dianggarkan meniti masa-masa perdapannya pada rentang waktu antara tahun 2400 hingga 1500 SM. Wilayah tersebut ditaklukan oleh Raja Mesir bernama Mentuhotep II pada permulaan zaman Kerajaan Pertengahan (2040-1782 SM).

Namun, Kerma sebagai sebuah metropolis hebat dan menjelang Zaman Pertengahan Kedua Mesir (c. 1782 – c, 1570 SM), dan berkembang menjadi sebuah negara kota yang cukup berkuasa untuk kekuatan Mesir bersama dengan sebuah lagi komuniti yang dikenali sebagai Hyksos. Hyksos turut mengukuhkan kedudukan sebagai kuasa politik dan ketenteraan terletak di daerah utara Delta Mesir.

Kerajaan Kush dan Hyksos menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat Mesir di Thebes, sehingga zaman pemerintahan Ahmose I (c. 1570-1544 SM) di mana Raja Mesir itu mengusir Hyksos dari Mesir dan kemudian pindah ke selatan untuk menewaskan Kerajaan Kush.

Ketenteraan Mesir ke atas Kush berlanjutan semasa pemerintahan Thutmose I (1520-1492 SM) dan Thutmose III (1458-1425 SM). Tahun 1500SM dicatatkan secara umum sebagai zaman mengakhiri kekuasaan Kerma, yang mana pada tempoh tersebut kota itu diserang oleh Thutmose I. Kemudian, Thutmose III menubuhkan negara Kota Napata selepas kekuasaan tentera yang berhasil menerapkan pengaruh Mesir di wilayah itu.

Kota Napata

Sejak awal pembangunan Negara Kota Napata jelas dipengaruhi oleh budaya Mesir. Para pemerintah kota itu dimakamkan di permakaman piramid bersama barang-barang Mesir. Hal ini buktikan pada beberapa buah makam Raja Kush, beserta barang-barang yang berusia 200 tahun lebih tua berbanding tempoh pemerintahannya.

Derek A. Welsby pernah mencatatkan bahawa “mempelajari sejarah Kerajaan Kush seumpama membaca kisah detektif yang mana sejumlah faktanya yang kontradik itu perlu digayakan sehingga menjadi naratif peristiwa yang saling berhubungan. Pun begitu, Negara Kota Napata jelas berfungsi sebagai pusat keagamaan bagi wilayah itu dan merupakan kota yang kaya berkat aktiviti perdagangan yang berjalan dengan begitu pesat.

Thutmose III pernah membangun Kuil Amun yang agak besar di bawah Gunung Jebel Barkal yang terletak berhampiran. Kuil tersebut kekal berfungsi sebagai pusat keagamaan di wilayah itu. Firaun-firaun seperti Ramses II (1279-1213 SM) lantas membuat penambahan pada Kuil Amun dan kota tersebut. Paderi-paderi Amun pula menjalankan kuasa politik yang serupa ke atas Pemerintah Kush sebagaimana kuasa politik yang dijalankan terhadap raja-raja Mesir sejak zaman Kerajaan Lama.

Kejatuhan Mesir

Semasa Kerajaan Baru mengalami kejatuhan pada tahun 1069 SM, Negara Kota Napata menjadi semakin berkuasa sebagai sebuah entiti politik yang merdeka dari pengaruh Mesir.

Paderi-paderi Amun di Mesir secara bertahap meraih kuasa yang lebih besar di Thebes dan menjelang Zaman Pertengahan Ketiga Mesir (c. 1069-525 SM), paderi tinggi di Thebes memerintah Mesir Hulu (Upper Egypt) sementara Firaun pula memerintah Mesir Hilir (Lower Egypt) yang berpusat di Kota Tanis.

Kejatuhan Mesir merupakan kebangkitan Kush, dan Kerajaan Kush memasuki rekod sejarah (secara rasmi) pada tahun 1069 SM apabila Raja-raja Kush mula memerintah tanpa tertakluk atau merujuk pada monarki dan dasar-dasar Mesir.

Kota Napata dipilih sebagai Ibukota bagi kerajaan baru itu. Mereka terus menjalankan aktiviti perdagangan dengan Mesir sambil mengembangkan hubungan dengan negara-negara lain.

Pada awalnya, raja-raja mereka dimakamkan di Kerma. Namun kemudian, permakaman diraja didirikan di Kota Napata. Kerajaan tersebut berkembang secara bertahap sehingga meraih kekuatan yang cukup untuk merampas kepentingan milik Mesir. Apabila masa tersebut benar-benar berlaku, mereka tidak memasuki Mesir sebagai pihak penakluk, tetapi sebagai pihak pemerintah yang memelihara budaya Mesir.

Dinasti Ke-25

Walaupun tidak gamblangn yang digembar-gemburkan oleh ahli kaji Mesir, Zaman Pertengahan Ketiga di Mesir mengalami kejatuhan dalam soal kekayaan. Pada masa yang sama, Kerajaan Kush mengalami zaman perdana dan raja pertama mereka yang dikenali sebagai Alara berhasil menyatukan kerajaan itu dan memperkukuh istiadat keagamaan yang berpusat di Kota Napata. Sejarah tepat berlakunya penyatuan itu tidak dapat dipastikan.

Alara merupakan figur legenda buat Kerajaan Kush kerana pemerintahannya berlangsung panjang dan dipenuhi dengan kegemilangan. Namun, wujudnya hanya dapat disahkan menelusuri inskripsi-inskripsi purba dan penemuan sesuatu yang mungkin boleh dikatakan sebagai makamnya.

Pewaris Alara, adalah Kashta pula sangat memandang tinggi budaya Mesir. Oleh kerana itu, dia membawa masuk artifak-artifak dari utara (Mesir), dan mengasimilasikan budaya Mesir ke dalam Kota Napata dan Kerajaan Kush.

Semasa Mesir dan kuasa pemerintahan di Mesir Hilir semakin kurang berpengaruh di Mesir Hulu, Kashta secara sulit melantik putrinya, Amenirdis I sebagai isteri Dewa Amun di Thebes. Besar kemungkinan dia mampu berbuat demikian berkat hubungan yang terjalin akrab antara Paderi-Paderi Amun di Napata dan Thebes, walaupun tiada dokumentasi yang dapat mengesahkan dakwaan ini.

Kedudukan istri Dewa Amun kali pertama diwujudkan semasa Zaman Kerajaan Pertengahan mula mengalami perkembangan dalam kepentingannya sehingga menjelang zaman pemerintahan Kashta, seorang wanita yang menyandang jabatan tersebut memiliki kuasa yang sama dengan Paderi Tinggi Amun dan memegang kuasa politik yang besar serta harta kekayaan yang banyak.

Mumia Amenirdis

Amenirdis I mengambil-alih Thebes dan kemudian menuntut kekuasaan ke atas Mesir Hulu. Putra-putra Mesir Hilir pada masa itu disibukkan dengan konflik masing-masing. Makanya, Kashta dapat tiba di Thebes dan menasbehkan dirinya sebagai Raja Mesir Hulu dan Hilir.

Tanpa menghimpun pasukan tentera atau konflik dengan masyarakat Mesir, dia berjaya mengasaskan Dinasti ke-25 Mesir. Dalam dinasti tersebut, negara itu diperintah oleh monarki Kush. Kashta tidak berpeluang hidup lama selepas mengecapi kejayaannya itu, dan dia diwarisi putranya yang bernama Piye (747- 721SM).

Tiada catatan tentang tindak balas para putra Mesir Hilir terhadap Kashta itu. Namun, mereka menentang keras usaha Piye yang memperkukuhkan kuasa Kush ke atas wilayah tersebut.

Piye langsung tidak mengadakan rundingan dengan putra-putra yang dilihat sebagai pemberontak. Dia malah memberangkatkan pasukan tenteranya ke utara dan menakluk kesemua kota di Mesir Hilir lalu kembali ke Kota Napata.

Dia membenarkan raja-raja yang telah ditakluk itu untuk terus menyandang jabatan mereka dan kembali memperkukuh kekuasaan serta meneruskan pemerintahan seperti sedia kala. Mereka hanya dituntut supaya memperakui Piye sebagai raja yang berkuasa ke atas mereka. Piye tidak pernah memerintah Mesir dengan qberada di Thebes dan tidak pernah dilihat memberi atau mempunyai hasrat untuk berbuat demikian sesudah selesai kempen ketenteraannya itu.

Adik Piye bernama Shabaka (721-707 SM) mewarisi dan meneruskan pemerintahannya di Napata. Kerabat di Mesir Hilir sekali lagi melakukan pemberontakan, namun berjaya ditewaskan oleh Shabaka.

Dia kemudian memperkukuhkan kekuasaan Kush di sepanjang Mesir Hilir hinggalah ke wilayah Delta. Ahli kaji Mesir pada awal abad ke-20 mendakwa bahawa zaman tersebut merupakan ‘zaman gelap’ buat Mesir apabila budaya Nubia mula kuat berpengaruh sehingga menenggelamkan nilai-nilai tradisi Mesir.

Namun pada hakikatnya, kenyataan ini sama sekali tidak boleh dipertahankan. Kebudayan Nubia pada masa-masa itu seperti yang disebutkan di atas, telah pun dipengaruhi oleh budaya Mesir. Tambahan pula, Shabaka sendiri sangat mengagumi budaya Mesir sama seperti abang dan ayahnya.

Kemudian secara terus menerus memantau dasar-dasar Mesir dan menghormati kepercayaan masyarakat tersebut. Dia malah melantik adiknya yang bernama Haremakhet sebagai Paderi Tinggi Amun di Thebes sekaligus secara efektif menjadikannya sebagai penguasa di Mesir.

Shabaka turut mengusahakan projek pembinaan dan pemulihan di seluruh negara. Hal ini sekaligus menjadi petanda bahawa Shabaka sama sekali tidak menghapuskan budaya Mesir, malah memeliharanya dengan sangat baik.

Tanpa Menghimpin Tentara

Adik (atau anak saudara) Shabaka bernama Shebitku (707-609 SM) kemudian mewarisi kedudukannya. Pemerintahannya bermula dengan baik sehingga tiba rentang waktu di mana dia berkonflik dengan Assyria.

Mesir kekal berfungsi sebagai zon penampan di antara perbatasan utaranya dengan wilayah Mesopotamia. Kerajaan-kerajaan seperti Judah dan Israel pada waktu itu menentang dominasi yang dilakukan oleh Assyria (Mesopotamia).

Sedangkan pemimpin mereka, Ashod yang menentang Raja Assyrian bernama Sargon II (722-705 SM) diberikan perlindungan dan sokongan dari Shabaka. Dinasti ke-25 berterusan menyokong kerajaan-kerajaan tersebut dalam penentang mereka terhadap Assyria. Hal tersebut kemudiannya menjadi pendorong kepada pasukan tentera Assyria untuk memasuki Mesir pada tahun 671 SM di bawah kepemimpinan Raja Esarhaddon.

Esarhaddon berhadapan dengan Raja Kush Taharqa (c. 690-671 SM) dalam sebuah pertempuran. Dia berjaya menewaskan pasukan tentera Kush dan menawan keluarga Taharqa berserta pegawai-pegawai kehormat Kerajaan Kush dan Mesir. Mereka kemudian dihantar ke Nineveh dalam keadaan dibelenggu. Taharqa sendiri kemudian berjaya meloloskan diri dan berlindung di Napata.

Kedudukannya diwarisi oleh Tantamani (c. 669-666 SM) yang meneruskan permusuhan dengan Assyria. Dia akhirnya ditewaskan oleh Ashurbanipal yang menakluk Mesir pada tahun 666 SM.

Kota Agung Meroe

Dinasti ke-25 berakhir pada masa Pemerintahan Tantamani. Pihak Assyria kemudiannya menggantikan dengan seorang raja boneka bernama Necho I. Putra Necho I, adalah Psammeticus I (juga dikenali sebagai Psamtik I, c. 665-610 SM) mengenepikan autoriti Assyria dan mengasaskan Dinasti ke-26 Mesir.

Psammeticus I dan pewarisnya, Necho II menjalankan pemerintahan dengan baik. Namun, pewaris Necho II yaitu Psammeticus II merasakan bahawa dirinya perlu melancarkan sebuah tentera yang hebat agar dapat berdiri setaraf dengan Firaun-firaun Agung dari Kerajaan Baru.

Makanya, dia pun memimpin sebuah ekspedisi memerangi Kush. Dia memusnahkan kota, kuil, monumen, stele, akhir Kota Napata dia sendiri naik bosan dan pulang ke Mesir.

Pada masa-masa itu, sekitar tahun 590 SM, Ibukota Kerajaan Kush berpindah jauh ke selatan di Kota Meroe sebagai langkah keselamatan. Raja-raja Meroe masih terus mengadaptasi budaya Mesir serta menerapkan dasar serta amalan keagamaan mereka, sehingga zaman pemerintahan Raja Arkamani I (juga dikenali sebagai Ergamenes, 295-275 SM).

Pendeta-pendeta Amun telah lama memegang kuasa ke atas monarki Kush dengan memperuntukkan suatu tempoh tertentu bagi pemerintahan seseorang raja. Apabila dewa memberikan isyarat bahawa masa tersebut sudah tamat, maka raja itu perlu mati dan raja lain akan dipilih oleh para pendeta.

Piramid Meroe

Menurut seorang sejarahwan, Diodorus Siculus, (abad pertama SM), Arkamani I mendapat pendidikan dalam bidang falsafah Yunani justeru enggan dikawal oleh ketahyulan yang dianuti oleh para pendeta.

Oleh kerana itu, dia memimpin sepasukan tentera untuk menyerang kuil, menyembelih semua pendeta dan menamatkan kekuasaan mereka ke atas monarki. Dia kemudian menetapkan polisi dan amalan (keagamaan) yang baru, termasuk meninggalkan budaya Mesir dan memberi penekanan terhadap Kush.

Arkamani I turut membuang penulisan hieroglif untuk digantikan dengan penulisan yang dikenali sebagai Meroitic. Fesyen masyarakat Meroe semasa pemerintahannya juga ikut berubah dan dewa-dewa Mesir diasimilasikan dengan dewa-dewa Kush, seperti Apedemak. Tradisi memakamkan kerabat diraja di Kota Napata juga ditinggalkan dan mereka dimakamkan di Kota Meroe.

Satu lagi pembaharuan menarik yang berlaku semasa Pemerintahan Arkamani I adalah penubuhan monarki wanita di Kota Meroe. Ratu-ratu ini yang dikenali sebagai Candaces (juga Kandake atau Kentake) memerintah pada rentang waktu antara 284 SM hingga 314 M.**(DANAR SP)